GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan kelemahan
Pakatan Harapan (PH) menjadi punca kepada kekalahan pada Pilihan Raya
Kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Sambil mengakui Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan tersendiri terutamanya jentera pilihan raya.
"Kami terima keputusan ini dengan hati terbuka kerana ini adalah
keputusan rakyat, dan kami hormatinya," katanya pada sidang media di
sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau yakin PH tidak patah semangat dan mampu bangkit semula bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Malah beliau berkata DAP bersedia jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya umum ke-14
(PRU14) dalam masa terdekat.
Ditanya mengenai cadangan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali supaya semua parti pembangkang berbincang bagi menyusun
strategi menghadapi PRU14, Guan Eng berkata beliau akan menemui Mohamed
Azmin berhubung perkara itu.
BN menang besar di kedua-dua kawasan Parlimen itu dengan Datin Mastura
Mohd Yazid memperoleh majoriti 6,969 undi pada PRK Kuala Kangsar
manakala Budiman Mohd Zohdi meraih majoriti 9,191 undi bagi PRK Sungai
Besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan