Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ada pelbagai harga yang perlu dibayar di dalam dunia politik.
"Dalam hal ini saya fikir ketaatsetiaan adalah menjadi harga yg
paling mahal yang terpaksa dibayar. Dulu kita diajar supaya taat setia
secara sepenuhnya," katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian di Kuala Lumpur hari ini,
apabila diminta mengulas mengenai pemecatan Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz
Mahathir daripada Umno.
"Jadi itu juga yang telah dilakukan kepimpinan (Perdana Menteri Datuk
Seri) Najib (Razak) dan tentunya pelbagai tafsiran boleh dilakukan,
namun keutamaan hendaklah diberikan kepada menyatupadukan kepimpinan
parti."
Zahid sebelum itu mengimbau apa yang pernah dialaminya dan membayar 'dengan tunai'.
Walaupun dia tidak menyebut nama, ramai yang masih ingat bagaimana
beliau rapat dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Selepas kejatuhan Anwar, Zahid kemudiannya ditahan di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sewaktu bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad masih berkuasa.
Majlis Tertinggi akhir keputusan
Sementara itu, ketika mengakui ada sesetengah yang mungkin mendapati
sukar untuk menerima sepenuhnya keputusan Majlis Tertinggi Umno, Zahid
bagaimanapun berkata, keputusan mengenai perkara itu telah
dimuktamadkan.
Oleh itu, katanya, keputusan yang telah dibuat itu hendaklah diterima dengan hati terbuka dan berlapang dada.
Timbalan perdana menteri juga menafikan bahawa Umno akan mengadakan
pemilihan parti dalam masa terdekat, dan sebaliknya menegaskan supaya
perpaduan dalam parti perlu diwujudkan semula.
"Biarpun ianya agak sukar di peringkat awal tapi saya fikir kerana
Umno telah melalui pelbagai era, maka dugaan demi dugaan tetapi datang.
"Namun kaedah penyelesaian harus dicari supaya Umno terus relevan
bukan hanya pada ahli-ahlinya tetapi juga kepada rakyat keseluruhannya,"
katanya
Semalam, Majlis Tertinggi Umno, semalam, sebulat suara memutuskan
untuk memecat Muhyiddin dan Mukhriz, serta menggantung keahlian Naib
Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Najib telah menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat selepas kedua-dua
Muhyiddin dan Mukhriz di atas pentas yang sama bersama-sama dengan
pembangkang.
Walaupun ketiga-tiga mereka tidak berkempen secara aktif untuk
pembangkang dalam pilihan raya berkembar, Muhyiddin dan Mukhriz secara
aktif terlibat dalam kempen Selamatkan Malaysia yang diterajui oleh
Mahathir.
Ironinya Najib sendiri juga telah muncul di atas pentas dengan
beberapa pemimpin PAS parti pembangkang dalam acara-acara baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan