Oleh Muhammad Asyraf Azlan
SHAH ALAM: Umno dilihat sudah memberikan masa yang lama kepada Tan Sri
Muhyiddin Yassin, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal
untuk kembali 'bersama' saf kepimpinan parti itu.
"Peluang (masa yang diberikan Umno) itu tidak disambut oleh ketiga-tiga
mereka yang membuatkan majlis tertinggi membuat keputusan sedemikian
rupa," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Azmi juga berpandangan, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar
dan Kuala Kangsar yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) minggu lalu
turut mempengaruhi keputusan Umno memecat Muhyiddin dan Mukhriz serta
menggantung keahlian Shafie.
"Keputusan PRK itu hanya dikatakan sebagai pemangkin sedikit sahaja
dari segi masanya PRK diadakan tetapi bukan punca utamanya kenapa
pemecatan dan pergantungan diberikan kepada ketiga-tiga mereka.
"Ianya (pemecatan) lebih memberi kesan positif kerana di katakan tiga
duri ini dihindarkan daripada merosakkan Umno. Jadi sebab itu saya
membacakan ianya lebih memberi kesan positif daripada negatif kepada
Umno secara keseluruhannya," katanya lagi.
Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat memutuskan memecat Muhyiddin dan
Mukhriz manakala Shafie pula digangung keahliannya sehingga laporan
daripada Jawatankuasa Disiplin diperolehi.
Ketiga-tiga mereka disabit kesalahan melanggar disiplin parti apabila mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan parti.
Mereka juga dilihat sering menghadiri program anjuran pembangkang yang tentunya menjadikan Umno sebagai sasaran kritikan.
Menurut Azmi, hukuman ke atas tiga tokoh pemimpin ini agak lambat dibuat.
"Jadi keputusan itu dibuat perlu dikatakan meneliti dan peluang diberikan sepenuh-penuhnya kepada mereka.
"Sebab itu saya menjangkakan bukan keputusan yang agak lewat tetapi
dikatakan menepati masanya dan perlu dilakukan," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan