KUALA LUMPUR: Pusat pergigian yang sedang disiasat berhubung kematian
menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi
baru-baru ini tidak ditutup seperti yang dilaporkan.
Pusat tersebut menyatakan perkara ini dalam satu kenyataan yang
dikeluarkan berikutan dakwaan laporan penutupannya oleh beberapa
penerbitan.
Ia mengesahkan ia telah memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk membolehkan insiden tersebut disiasat.
Syed Alman Zain, 44, yang merupakan suami kepada anak sulung Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, meninggal pada 1
Jun lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya selepas menerima rawatan
di pusat pergigian swasta berkenaan di ibu negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan