" Tiada masalah dia (Mastura) dipermudahkan urusannya dengan menggunakan rakaman video di dalam rumahnya dan disebarkan di luar rumah pada masa berkempen.
"Cuma wanita dalam tempoh edah perlu jaga adab penampilannya ketika rakaman video dilakukan. Janganlah pula bersolek dan tampil mengenakan pakaian yang tidak sesuai yang boleh mendatangkan salah tanggapan terhadap orang yang menonton video tersebut," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Fathul Bari diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dipetik berkata, BN akan memberi tumpuan kepada penggunaan media baharu seperti media sosial, ‘live streaming’ dan klip video dalam kempen kali ini untuk memudahkan kempen calon BN itu.
Fathul Bari antara ulama yang mengeluarkan kenyataan awal di laman facebooknya kerana melihat pada hari Mastura diumumkan sebagai calon, sedangkan beliau masih dalam tempoh edahnya.
Sambung Fathul Bari lagi, walaupun ada pendapat dikalangan ahli parti yang bertembung dengan situasi politik semasa dan agama, satu pihak mengatakan ia dibolehkan (rakaman video) satu pihak pula kata tidak boleh.
"Bila dia (Mastura) mula keluar mereka akan tengok ini tidak kena...itu tidak kena, elok sangat dia telah buat keputusan tidak mahu keluar berkempen.
"Sekiranya dia melanggar hukum syarak berhubung larangan keluar rumah ketika dalam edah, itu menjadi isu. Jadi dalam hal ini, saya berpandangan bahawa isu edah calon BN ini bukanlah satu isu, kecuali ianya dengan sengaja dipolitikkan oleh pihak tertentu.
"Bagi pandangan saya, Mastura perlu ambil langkah bijak dan berhati-hati sama ada dia tidak keluar rumah atau rakaman video dari dalam rumahya dilakukan, elak daripada tampil dengan bergaya dan bersolek. Dibimbangi isu bersolek pula ditimbul pihak tertentu," terangnya.
Jelas Fathul Bari lagi bagi sesiapa yang mahu menziarahi Mastura masa berkempen tiada masalah boleh bertandang ke rumahnya.
PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian Wan Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan