HALAMAN SANTAI

Jumaat, 24 Jun 2016

Sanjeevan direman dua hari

ANTARAPOS.COM


Post Pic


SEREMBAN: Pengerusi MyWatch, Datuk R. Sri Sanjeevan direman dua hari bagi membantu siasatan polis berhubung kes cubaan memeras wang perlindungan berjumlah RM25,000 daripada pengusaha judi haram.

Turut ditahan reman adalah pemandunya, seorang  warga India.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Seremban, Nor Anida Norhamdan di Mahkamah Khas di sini hari ini.

Sanjeevan yang memakai pakaian lokap berwarna ungu tiba di pekarangan mahkamah dengan menaiki sebuah van polis pada jam 10 pagi sebelum beredar dengan kenderaan sama setengah jam kemudian.

Dia ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berdekatan Plaza Tol Nilai dekat sini pada jam 10.50 malam semalam.

Menurut polis, Sanjeevan, 31, didakwa menghubungi pengusaha judi haram berusia 36 tahun pada 2 petang Rabu dan menuntut ‘wang perlindungan’ jika tidak mahu dia mendedahkan kegiatan judi haram pengusaha berkenaan.

Dipercayai, lelaki itu membuat laporan polis kerana khuatirkan keselamatan keluarganya tetapi bersetuju untuk menemui Sanjeevan kemudian dengan alasan bagi menyerahkan wang.

Lapan jam kemudian, lelaki itu menemui Sanjeevan di plaza tol Nilai dan menyerahkan lebih RM25,000 sebelum mereka diserbu oleh pasukan dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (D7) yang menangkap Sanjeevan dan pemandunya berusia 26 tahun.

Polis juga menjumpai kira-kira RM16,000 lagi dalam kenderaan Sanjeevan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan tangkapan berkenaan.


Tiada ulasan: