HALAMAN SANTAI

Jumaat, 3 Jun 2016

Tak hadir muktamar, PKR sibuk dengan persiapan pilihan raya kecil

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kesibukan pimpinan kanan PKR menjadi punca kegagalan mereka untuk hadir di Muktamar Tahunan PAS yang sedang berlangsung, kata Naib Presidennya Shamsul Iskandar Mohd Akin.
 
Jelas beliau ketidakhadiran itu disebabkan kesibukan PKR sedang membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
 
"Kita sibuk dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam pengumuman calon di Sungai Besar dan malam ini pula di Kuala Kangsar," katanya ringkas ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Perasmian muktamar penuh yang berlangsung hari ini gagal mengesan kelibat kepimpinan tertinggi PKR yang masih mempunyai 'hubungan' dengan PAS.
 
Sebaliknya PKR hanya 'menghantar' ADUN tunggalnya di Kelantan, iaitu ADUN Guchil Mohamad Roslan Puteh.
 
Kehadiran hanya seorang ADUN sebagai wakil daripada PKR menimbulkan sedikit tanda tanya khususnya membabitkan hubungan di antara kedua-dua parti berkenaan.
 
Perkara ini dilihat agak janggal kerana pada muktamar-muktamar PAS sebelum ini, PKR akan 'menghantar' salah seorang pimpinan tertingginya pada perhimpunan tahunan parti berkenaan. 
 
Hubungan PAS dengan PKR kebelakangan ini sedikit 'berantakan' ekoran pertikaian berhubung soal peletakan calon pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
 
 

Tiada ulasan: