HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Julai 2016

Kerajaan Selangor dituduh lulus pembangunan di lahan basah

 
Chegubard dakwa Azmin luluskan pelengkungan tanah di kawasan lindungan Paya Indah Wetlands untuk pembangunan.





PETALING JAYA: Benarkah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meluluskan pelengkungan semula sebidang tanah pertanian di Paya Indah Wetlands untuk pembangunan?

Begitu soal pemberontak PKR Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) hari ini.

Dalam satu sidang media hari ini, Chegubard mendakwa Azmin meluluskan projek pelengkungan semula itu, yang ditolak oleh pentadbiran kerajaan negeri terdahulu, pada April tahun ini.

Menurutnya, keseluruhan Paya Indah Wetlands dikelaskan sebagai kawasan Ramsar dibawah Konvensyen Ramsar – perjanjian antarabangsa memulihara dan penggunaan mapan lahan basah. Malaysia mempunyai enam lokasi sedemikian.

“Ia diisytiharkan sebagai kawasan warisan dunia kerana ia menjadi habitat binatang-binatang terancam yang semakin pupus. Rekod menunjukkan burung hijrah singgah di lahan basah dalam hijrah tahunan mereka,” katanya, dan menambah projek itu sekiranya berjalan akan mengganggu ekosistem.

Menurut Chegubard, terdapat beberapa cadangan untuk membangunkan kawasan itu sejak 1994, tetapi semuanya ditolak kerana status warisan dunia kawasan itu.

“Malah, menteri-menteri besar sebelum ini seperti Tan Sri Khalid Ibrahim, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Mohamed Khir Toyo menolak permohonan seperti itu kerana tanah terletak dalam kawasan Paya Indah Wetlands.”

Chegubard meminta kerajaan negeri pimpinan PKR supaya jangan bermuka-muka dalam perjuangan mereka, kerana parti itu sebelum ini berikrar untuk melindungi hutan-hutan Sarawak daripada pembalakan haram.

Beliau mengingatkan PKR yang ia menang negeri itu bukan kerana ia mahu menuruti langkah Umno dan BN, tetapi “kerana kita mahu lakukan yang terbaik untuk rakyat dan alam sekitar.”

Beliau juga menggesa kerajaan Selangor dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar supaya menarik balik kelulusan membangunkan tanah itu dengan segera.

Chegubard berkata Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan bekerjasama dengan aktivis alam sekitar dan badan-badan bukan kerajaan lain untuk membentuk satu jawatankuasa untuk selamatkan lahan basah itu daripada pembangunan.

FMT belum dapat menghubungi pihak Exco atau Menteri Besar untuk menjawab dakwaan ini.

Tiada ulasan: