HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Julai 2016

Gerakan tanding 13 kerusi pada pilihan raya negeri P.Pinang

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GEORGE TOWN: Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Kong mengesahkan parti itu akan bertanding di 13 kerusi jika pilihan raya mengejut Pulau Pinang diadakan pada bila-bila masa.
 
Mah berkata Gerakan yakin dapat mencatat keputusan lebih baik berbanding pilihan raya lepas kerana parti itu banyak membangkitkan pelbagai isu berhubung kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.
 
Sebelum ini, Naib Pengerusi Gerakan negeri Oh Tong Keong berkata parti itu akan bertanding di Batu Lancang, Sungai Pinang, Datuk Keramat, Padang Kota, Air Itam, Kebun Bunga, Pulau Tikus, Tanjung Bungah, Batu Uban, Pantai Jerjak, Bukit Tengah, Macang Bubuk dan Tambun jika pilihan raya mengejut itu diadakan.
 
Kawasan berkenaan adalah kerusi tradisi Gerakan pada pilihan raya sebelum ini, namun, Mah berkata kemungkinan ada perubahan jika parti komponen lain Barisan Nasional (BN) mahu bertukar kerusi.
 
"Kami akan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu jika ia (pilihan raya mengejut) diadakan," katanya.
 
Mah, bagaimanapun enggan mendedahkan calon potensi Gerakan itu buat masa ini.
 
Keputusan berhubung pengagihan kerusi itu dibuat selepas mesyuarat tergempar parti berkenaan di ibu pejabat Gerakan negeri di Jalan Macalister semalam.
 
Sebelum ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan DAP negeri ini bersedia mengadakan pilihan raya negeri selepas mendapat isyarat daripada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan.
 
 

Tiada ulasan: