HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Julai 2016

Kerajaan guna pegawai cukai ganggu saya, kata Dr Mahathir

 
Gangguan agensi kerajaan bertujuan mendiamkan beliau, dakwa bekas PM.


mahathir-najib


PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau dan keluarga termasuk kenalannya kini diganggu pihak berkuasa, termasuk didatangi pegawai cukai.

The Straits Times memetik Dr Mahathir sebagai berkata beliau dikunjungi pegawai dari Jabatan Hasil Dalam Negeri, sambil menganggap ia satu bentuk tekanan ke atasnya susulan kelantangan mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya diganggu pada masa ini. Pelbagai perkara dilakukan bagi menyulitkan kehidupan saya, keluarga dan juga kenalan saya.

“Pelbagai perkara dilakukan bagi menyekat saya daripada memburukkan imej Najib,” kata Dr Mahathir yang berada di Jakarta bagi menyampaikan syarahannya di sebuah universiti.

Dr Mahathir baru-baru ini mengumumkan rancangannya menyatukan parti pembangkang di bawah gabungan baharu, yang akan disertai beliau dan beberapa bekas pemimpin tinggi Umno.

Tiada ulasan: