HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Julai 2016

PTPTN: Potongan gaji tak beban peminjam

Wartawan Sinar Harian
 
 
PTPTN


SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menegaskan, bayaran balik melalui potongan gaji bukan sesuatu yang membebankan peminjam.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Rina Abd Rahman berkata, sebarang potongan gaji yang dibuat masih mengambil kira pendapatan serta kemampuan peminjam dan dilaksanakan dengan persetujuan peminjam.

“Peminjam PTPTN yang bekerja di sektor swasta atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak perlu risau dengan pelaksanaan potongan gaji bagi pembayaran balik pembiayaan PTPTN. Ia bagi memudahkan peminjam membuat bayaran secara konsisten.

[ARTIKEL BERKAITAN: Netizen: Kasihanilah kami wahai PTPTN!]

“Ia membantu peminjam menyelesaikan hutang pembiayaan pendidikan mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Tiada sebarang caj atau komisyen dikenakan, berbanding melalui kaunter bank atau perbankan internet,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau mengulas laporan Sinar Harian pada Isnin lalu, yang menyiarkan keluhan ramai peminjam PTPTN di sebalik pelaksanaan potongan gaji bagi pembayaran balik pinjaman pendidikan dalam kalangan pekerja sektor swasta dan GLC.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata netizen khususnya yang bekerja dalam sektor swasta melahirkan kebimbangan terhadap potongan gaji yang bakal dikenakan PTPTN terhadap mereka.

Sebahagian besar netizen menggesa PTPTN melakukan kajian terperinci sebelum melaksanakan pemotongan gaji bagi kakitangan swasta di negara ini.

Antaranya mengambil kira kos kehidupan dan keperluan mereka sebelum menetapkan pelaksanaan potongan pinjaman dan mengambil langkah mengadakan pertemuan dengan peminjam untuk menetapkan kadar potongan yang sesuai.

Mengulas lanjut, Rina juga menggalakkan peminjam membuat rundingan bayaran balik itu melalui Careline PTPTN atau hadir ke mana-mana pejabat dan cawangan PTPTN yang berhampiran.

“Ini bagi memudahkan peminjam.

Tiada ulasan: