MALAYSIAKINI
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali mendesak kerajaan agar
meningkatkan imbuhan dan kebajikan warga tentera termasuk pemberian
kediaman rumah yang selesa dan pembiayaan pendidikan anak-anak tentera.
Beliau berkata, pihaknya juga mahu semua anggota tentera terutama
yang berpangkat rendah diberikan bayaran pencen bulanan tanpa mengira
tempoh perkhidmatan.
"Ini kerana ada anggota tentera yang menjadi cacat akibat bertempur
dengan musuh dengan tempoh perkhimatan kurang 25 tahun dan tidak
mendapat pencen," kata Ibrahim dalam kenyataannya.
Seramai 131,813 kakitangan awam Kementerian Pertahanan termasuk warga
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menikmati kenaikan satu tangga
gaji bermula 1 Julai yang lalu.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,
kenaikan itu dilaksanakan mengikut Skim Perkhidmatan Awam Persekutuan di
bawah Sistem Saraan Malaysia.
"Agenda penambahbaikan ini juga melibatkan aspek kebajikan anak-anak
anggota dengan menyediakan perkhidmatan bas sekolah termasuk perumahan
yang selesa," kata Hishammuddin.
Mengulas lanjut, Ibrahim menambah, kerajaan wajar mengkaji semula
secara inklusif berkenaan kebajikan anggota tentera yang berpangkat
rendah.
"Merekalah yg bertempur, merekalah yg terkorban dulu dan mereka adalah dinding keselamatan dan kedaulatan negara," ujar beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan