HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Julai 2016

Bakar perlembagaan Umno: Lembaga Disiplin panggil Rushdan bela diri

DALIA ISMAIL
 
 
Rushdan Muhamed ketika membakar buku perlembagaan parti sebagai `simbolik' memprotes keputusan Majlis Tertinggi  parti itu pada Jun lalu.Rushdan Muhamed ketika membakar buku perlembagaan parti sebagai `simbolik' memprotes keputusan Majlis Tertinggi parti itu pada Jun lalu.

"Saya akan datang bukan untuk membela diri sebaliknya saya tidak akan mengaku salah kerana apa yang saya lakukan bukan mengaibkan Umno tetapi kita nak pertahankan dan perbetulkan Umno," kata  Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Muhamed.

Beliau yang akan dipanggil membela diri oleh Lembaga Disiplin  parti pada  jam 2.00 petang ini,  menjelaskan, tindakannya membakar buku perlembagaan Umno pada 26 Jun lalu, di Rumah Kelab Universiti Malaya dianggap telah bersekongkol dengan parti pembangkang dalam sidang akhbar Deklarasi Rakyat yang mendesak Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak meletakkan jawatan.

Beliau juga didapati melakukan kesalahan yang dianggap berat dan serius kerana secara terbuka telah membakar Buku Perlembagaan Umno yang kemudiannya menjadi viral di internet kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan parti.

Rushdan adalah  ahli Umno Cawangan Rista Villa, Bahagian Sepang itu berkata, beliau telah bersedia dengan sebarang tindakan yang bakal dihadapkan oleh Lembaga Disiplin parti terhadap tindakannya itu.

"Sama ada saya digantung atau dipecat kelak, saya tidak kisah.

"Saya tidak sekali-kali mahu mengaku apa yang saya dan GKCM lakukan itu mengaibkan Umno.
'Esok (hari ini) saya nak persoalkan kepada jawatankuasa lembaga disiplin parti bahawa membakar buku perlembagaan itu tidak salah.

"Sebabnya jelas Majlis Tertinggi selama ini melakukan 'double standard' dalam mengenakan tindakan undang-undang dibawah perlembagaan parti, terhadap ahli dan pemimpinnya kerana tidak sehaluan dengan kepimpinan presiden parti.

"Malah tindakan yang dikenakan ke atas pemimpin dan ahli terbabit sangat bercanggah dengan fasal-fasal dalam perlembagaan parti itu sendiri," ujarnya kepada Malaysia Dateline ketika dihubungi malam tadi.
Rushdan Muhamed Rushdan Muhamed
Rushdan adalah diantara kepimpinan tertinggi GKCM yang paling lantang bersuara untuk mendesak Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak meletakan jawatan.

Tindakannya membakar buku perlembagaan sebagai 'simbolik' kerana tidak puashati dengan keputusan MT Umno untuk mengantung dan akhirnya memecat Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana mereka lantang menyuarakan isu 1MDB dan menyokong Deklarasi Rakyat.

"Saya dipanggil untuk membela diri tetapi Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Mukhriz dan Datuk Seri Shafie tidak diberikan peluang untuk berbuat demikian. Mengapa?," soalnya.

Surat bertarikh 20 Jun 2016 itu menyebut Rushdan melanggar peruntukan Perlembagaan Umno dan Tataetika Ahli Umno dan jika didapati benar Lembaga Disiplin boleh menghukum di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan Umno. Beliau akan hadir memberikan keterangan bela diri di ibu pejabat Umno di PWTC pada jam 2.00 petang ini.

Tiada ulasan: