SUNGAI PETANI: Tiga beradik kepada bayi 11 bulan yang meninggal dunia
kelmarin, dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) selepas
mengalami demam, cirit-birit dan muntah.
Muhammad Taufiq Iskandar, 3, dimasukkan ke hospital awal pagi semalam
manakala Muhammad Nazlie, 20, dan Seri Afrina Qaisara, 8, ditahan di wad
malam tadi.
"Ketiga-tiga mereka dimasukkan ke hospital setelah mengalami demam, cirit birit dan muntah.
"Saya difahamkan mereka hanya demam biasa, namun pemantauan masih
dijalankan pihak hospital," kata Zalifah Hussin, 40, ibu kepada tiga
beradik berkenaan.
Beliau ditemui pemberita selepas menjalani sesi kaunseling dari
pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Muda di
rumahnya di Flat Paya Nahu di sini hari ini.
Sebelum ini dua anaknya, Muhammad Haris Haikal, 2, dan Muhammad Rusydi
Rizky, 11 bulan, meninggal dunia dengan Haris disahkan difteria dan
Rusydi belum disahkan punca kematiannya.
Muhammad Taufiq Iskandar dan Seri Afrina Qaisara pernah dimasukkan ke
hospital sama kerana difteria bersama empat lagi adik beradik mereka
iaitu Muhammad Amar Muqreez, 12, Seri Adriana Qistina, 11, Seri Myra
Arisa, 10, dan Muhammad Mikhail Zulkarnain, 4.
Empat adik beradik yang lain iaitu Muhammad Nazlie, 20 dan Aesyah, 19,
serta pasangan kembar, Addlie dan Addha berusia 13 tahun sebelum ini
disahkan tidak dijangkiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan