shahbudindotcom
Hahaha....inilah sebenarnya salah satu kejayaan besar Ahmad Maslan yang kini mengetuai Biro IT UMNO dan bertanggungjawab khusus mengepalai pasukan media sosial untuk mempertahankan Najib Razak.
Dulu
semasa beliau menjadi Ketua Penerangan UMNO, memang hari-hari kerjanya
memberi kenyataan di media. Asal ada isu, adalah kedengaran suaranya.
Yang
paling popular ialah jamiman dan keyakinannya bahawa harga barangan
akan turun apabila GST dilaksanakan. Agaknya kerana harga barang tidak
juga turun-turun sampai sekatang, maka Najib menukarkannya untuk menjaga
media sosial pula.
Kini,
suara Ahmad Maslan memang jarang kedengaran sehingga dalam sekian
banyak isu yang timbul kebelakangan ini, ramai juga mula "rindu"
kepadanya.
Tetapi,
beliau tidak diam sebenarnya. Diam-diamnya adalah diam berisi. Melalui
tugas barunya menjaga media sosial sekarang, salah satu kejayaannya
sudah mula terserlah sehingga "orang sudah meninggal dunia" pun
dijadikan kemeriahan untuk sama-sama menyokong Najib.
Sudah tentu ia suatu kejayaan yang amat-amat membanggakan Najib dan UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan