Koh Jun Lin
LIHAT VIDEO DI SINI
Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berharap
Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak akan menghalang permohonan bapanya, Tun
Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti politik baru.
"Kami berharap ROS akan memberi pertimbangan sewajarnya dan
memastikan tiada halangan, halangan yang tidak perlu dan sebagainya,"
katanya.
Minggu lalu, Mahathir mengesahkan bahawa parti politik baru akan dilancarkan tidak lama lagi.
"Tidak lama lagi," katanya selepas majlis pelancaran buku isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Parti baru akan ditubuhkan bagi merealisasikan objektif pergerakan 'Selamatkan Malaysia'.
Sementara itu, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim
yakin parti baru yang ditubuhkan Mahathir tidak akan mendapat sambutan
khususnya di kalangan oleh orang Melayu.
Menurut Rais parti baharu itu bakal menempuh 'warna' dan suasana
seperti yang pernah dialami oleh parti Semangat 46 dahulu yang gagal
mendapat sambutan.
Semangat 46 akhirnya terkubur setelah bekerjasama dengan DAP, dan
parti lain menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) demi bertanding
dalam Pilihan Raya Umum 1990.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan