HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Julai 2016

DAP kepada PKR: Setujulah pilihan raya mengejut dulu

Susan Loone  


Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kata sepakat mengenai pilihan raya mengejut Pulau Pinang perlu dicapai terlebih dahulu sebelum Pakatan Harapan boleh berbincang isu 'sampingan' lain.

Ahli dewan undangan negeri Padang Kota itu berkata, kesepakatan mengenai pilihan raya berkenaan adalah isu utama dan bukan kaedah yang akan digunakan untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut.

Chow berkata demikian ketika sebagai mengulas pandangan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mengenai kemenangan bersama pakatan pembangkang dalam pilihan raya yang dirancangkan itu.

Semalam, Azmin yang juga menteri besar Selangor dipetik sebagai berkata, PKR mahu mengekalkan keharmonian dalam hubungannya dengan PAS bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

"Keputusan utama - kesepakatan pilihan raya mengejut - belum dibuat lagi," ujar Chow kepada pemberita di George Town, hari ini.

"Sehingga mencapai kata sepakat, kita tidak perlu menangani isu-isu sampingan lain, " tegas beliau yang juga exco kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Saya lebih berminat mengenai mencapai kata sepakat terlebih dahulu kerana perkara-perkara lain boleh menyusul kemudiannya," tambahnya.

Mengenai rancangan PKR dalam memastikan pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya tersebut, jelas Chow, perkara itu perlu dibincangkan di meja rundingan dan bukan 'di luar'.



Tiada ulasan: