HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Julai 2016

Guna Saluran Betul Untuk Luah Pandangan - PM

MSTAR ONLINE
 
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap sempena Persidangan Parlimen Mahasiswa 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam Rabu. -fotoTHESTAR
 
 
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat supaya tidak mengambil tindakan di luar batasan undang-undang dan sebaliknya menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan sebarang pandangan berbeza.

Katanya, sebagai negara yang mengamalkan demokrasi berasaskan perlembagaan, tindakan seperti penganjuran demonstrasi jalanan adalah langlah yang salah.

"Kalau kita berdemonstrasi...tiba-tiba ada gangguan oleh pengganas Daesh, nanti apa akan jadi? Anarchy (huru-hara akan berlaku)," katanya.

Najib berucap pada jamuan malam sempena Persidangan Parlimen Mahasiswa 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam Rabu.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Rahman dan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim.

Najib menegaskan pihak yang tidak bersetuju terhadap sesuatu perkara yang dibawa kerajaan tidak harus memainkan politik "menabur kebencian" dan sebaliknya perlu menawarkan alternatif yang konstruktif kepada kerajaan.

Najib yang juga Menteri Kewangan seterusnya menarik perhatian bahawa kerajaan telah banyak membantu rakyat termasuk dalam soal menghadapi kos sara hidup, pendidikan, kesihatan dan ibadat haji.

Beliau berkata kerajaan yang memerintah sekarang ialah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan sentiasa prihatin kepada keperluan rakyat dan pengukuhan ekonomi negara untuk jangka panjang.
 
 

Tiada ulasan: