HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Julai 2016

Dalang kes tembak akan diburu habis-habisan - KPN

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan pihaknya akan meburu habis-habisan dalang yang menembak mati seorang lelaki petang semalam.
 
Kata Khalid, beliau percaya suspek masih berada dalam negara ini. 
 
"Mereka (suspek) tidak boleh ke mana-mana, kita tetap buru mereka," katanya pada sidang media selepas merasmikan KPD Mart Community, kedai serbaneka pertama Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad di Kolej UNIKOP di sini, hari ini.
 
Mengulas kekerapan kes tembak sejak kebelakangan ini, Khalid berkata, setiap kejadian dilaporkan mempunyai sebab khusus dan bukan berlaku secara rambang. 
 
Beliau meminta semua pihak memberi ruang kepada polis menyiasat kes tembak yang dilaporkan termasuk di Setapak semalam. 
 
"Kita percaya ada sebab ia berlaku tetapi kita lihat memang banyak senjata api haram dalam pasaran. 
 
"Segala langkah perlu sudah, sedang dan akan diambil termasuk kawalan di sempadan dalam memastikan kejadian begini tidak terus berleluasa," katanya.
 
Dalam kejadian 3.35 petang semalam, mangsa maut serta selepas ditembak 18 das dari jarak dekat, dengan 10 das mengenai badan mangsa. 
 
Rakaman litar tertutup CCTV memperlihatkan dua lelaki yang membonceng motosikal melepaskan tembakan dari arah kiri dan kanan kereta dipandu mangsa yang ketika itu sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang.  
 
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, badan serta paha. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
 
 

Tiada ulasan: