HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Julai 2016

Jenayah babit senjata api bukan satu trend, ada sebab dilakukan, kata Khalid

MALAYSIA DATELINE


Tan Sri Khalid Abu BakarTan Sri Khalid Abu BakarTan Sri Khalid Abu Bakar tidak menganggap siri pembunuhan melibatkan senjata api  kebelakangan ini sebagai satu trend. Sebaliknya, ketua polis negara itu berkata perkembangan itu tidak merupakan sesuatu yang mendesak sehingga memaksa polis mengambil tindakan drastik.

“Setiap kes tembakan setakat yang berlaku hari ini ada sebab musababnya. Bukannya orang gila tembak sana sini,” katanya kepada wartawan selepas Majlis Perasmian KPD Mart Community di Kolej Unikop hari ini seperti dilapor FMT.

Semalam, warga kota dikejutkan dengan insiden pembunuhan seorang lelaki yang memandu kereta Honda Accord di persimpangan dekat Taman Ibu Kota di Jalan Genting Klang.

Sebanyak 18 das tembakan dilepaskan empat lelaki bermotorsikal di khalayak ramai dalam kejadian kira-kira 3.00 petang itu, yang turut dirakamkan kamera CCTV.

Mengulas insiden itu, Khalid percaya empat suspek terlibat masih lagi berada di dalam negara ini, dan polis berharap dapat menahan mereka dalam masa terdekat.

“Kita akan buru mereka. Mereka semua tak akan ke mana-mana,” tegasnya.

Khalid berkata polis juga mengambil langkah mengetatkan kawalan sempadan, tetapi berdepan cabaran geografi.

“Sempadan kita luas, panjang dan hutan kita tak ada pagar. Jadi kemungkinan senjata-senjata ini diseludup adalah mudah,” katanya.

Ditanya mengenai Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berkuat kuasa Isnin depan, Khalid berkata belum ada keperluan undang-undang itu digunakan bagi mengekang kejadian melibatkan senjata api.

Tiada ulasan: