HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Julai 2016

Penafian exco Selangor mengenai Paya Indah Wetlands palsu, dakwa Chegubard

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
  
SHAH ALAM: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendakwa kenyataan Exco Selangor, Elizabeth Wong yang menafikan kerajaan negeri mengubah status tanah Paya Indah Wetlands, sebagai palsu.
 
Dalam kenyataan di blognya, Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard turut menerbitkan apa yang didakwa beliau sebagai minit mesyuarat exco sebagai bukti untuk menyokong hujahnya.
 
"Tanah yang dibincangkan ialah tanah pada lot 68054, Mukim Tanjung 12, Kuala langat, Selangor. Untuk rujukan semua pada 26 Febuari 2014 , Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melui mesyuarat 8/2014 MMKN telah menolak permohonan Salak Land Development Sdn Bhd untuk menukar tanah tersebut dari status pertanian kepada kormersial dan alasan yang direkodkan ialah kerana kawasan tersebut terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland," tulisnya dalam blog tersebut.
 
Namun ujar Chegubard, kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Azmin Ali pada sekitar Febuari 2015 memulakan usaha pelengkungan semula (re zone). Azmin mengambil alih jawatan menteri besar daripada tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada September 2014. 
 
"Bukan sahaja kawasan Paya Indah Wetland sahaja ditukar kepada zon kawasan perumahan malah turut terkesan ialah kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara. 
 
"Dalam laporan ulasan teknikal direkodkan Jabatan Alam Sekitar telah membantah namun ia tetap diteruskan. 17 Febuari 2015 Lot 68054 telah diluluskan pertukaranya oleh MMKN yang sudah tentu dipengerusikan oleh Menteri Besar.
 
"Jelas setakat data ini penafian tidak berlaku pertukaran status dan pelengkungan semula (re zone) adalah tipu," kata beliau. 
 
Semalam, Elizabeth yang juga Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor menyangkal dakwaan Chegubard, dan mengatakan kerajaan negeri tidak melakukan pelengkungan semula sebidang tanah pertanian di Paya Indah Wetlands. 
 
Jelas Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan itu, dakwaan Chegubard itu palsu yang bertujuan mencemar imej kerajaan negeri. 
 
Chegubard dalam pada itu turut mempersoalkan mengapa kerajaan negeri seolah-olah sengaja menyegerakan pelengkungan semula di kawasan berkenaan yang merupakan kawasan Rmasar berdaftar.
 
"Empat Menteri Besar menolak permohonan menukar status tanah tersebut, kenapa Menteri Besar sekarang menukarnya walaupun dengan bantahan dalam ulasan teknikal Jabatan terbabit? 
 
"Kenapa ketika banyak kerja tanah dan pembangunan tertangguh kerana usaha pelengkungan semula tertangguh di banyak kawasan sehingga ada syarikat perumahan bumiputera gulung tikar tidak mampu menunggu, kenapa tiba-tiba dikawasan tersebut ia seolah disegerakan," soal beliau.
 
Justeru beliau menggesa kerajaan negeri untuk menarik balik pertukaran status ke atas tanah tersebut. 


Tiada ulasan: