HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Julai 2016

Muhyiddin belum sedia sertai mana-mana parti

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin - Foto SInar Harian


SUBANG JAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin masih belum mengumumkan untuk menyertai mana-mana parti dalam blok pembangkang setakat ini.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata, beliau sedia menjalinkan kerjasama dengan PKR untuk siri jelajah 1MDB yang akan dianjurkan parti itu tidak lama lagi.

“Soal jadi ahli (mana-mana parti) atau tidak, itu soal kedua. Kalau saya tidak jadi ahli mana-mana parti pun tetapi atas semangat juang yang ada, saya tetap sokong.

“Saya rasa kerjasama penting untuk menangani isu besar (dalam) negara, ia sesuatu yang kita tidak boleh elak,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam sidang media hari ini, PKR mengesahkan akan menganjurkan siri jelajah untuk menerangkan isu-isu mutakhir termasuk kes dakwaan berkaitan 1MDB.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, siri jelajah itu bertujuan untuk 'membuka mata' rakyat terhadap krisis kegagalan urus tadbir di negara ini.

Bagaimanapun beliau tidak menetapkan tarikh terhadap program yang bakal berlangsung itu.

Antara yang akan menyertai siri jelajah itu termasuk rakan Pakatan Harapan, NGO-NGO dan rakan politik lain.

Pihak PKR turut mengalukan Muhyiddin untuk berganding bahu bekerjasama dalam siri jelajah tersebut.


Tiada ulasan: