FMT Reporter
PETALING JAYA: Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail melantik bekas Presiden Badan Peguam Malaysia Ragunath Kesavan sebagai peguam.
Langkah itu diambil susulan laporan polis Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang mendakwa Gani terbabit dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut laporan Malaysiakini awal hari ini, Ragunath mengesahkan perlantikan itu, namun enggan menggulas lanjut.
Dua hari lalu, Khairul membuat laporan polis mendakwa Gani, serta bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Abu Kassim Mohamed mahu menggulingkan Najib.
Gani menepis dakwaan itu, manakala Zeti enggan mengulas sebelum membincangkan perkara itu dengan peguamnya. Abu Kassim akan menjawab tuduhan itu dalam masa terdekat.
Gani menegaskan tugas dijalankan dengan integriti semasa menjadi Peguam Negara.
Semalam, Sin Chew Daily melaporkan Gani mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Khairul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan