HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 April 2017

Kapal Pengangkut ‘Made In China’ sedia menggugat, perbelanjaan tentera dunia meningkat

china-aircraft-carrier-satellite
OLEH MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL: BERSEJARAH dan sedia menggugat. Itu gambaran awal kepada Kapal Pengangkut Pesawat China Type 001A ‘ Made In China’ pertama. Ia bakal memberikan kelebihan taktikal dan tambahan keupayaan Tentera China untuk mendominasi laut serta serangan berpangkalan dari laut.

Kapal pengangkut pesawat yang diberikan nama ‘Shandong’ itu adalah yang kedua sedia memulakan misi pelayarannya pada awal Mei. Ia menjadikan China negara ketujuh dunia yang berkeupayaan membina kapal pengangkut sendiri selepas Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Peranchis, Itali dan Sepanyol.

Kapal pengangkut pesawat itu mempunyai panjang 305 meter. Berkelajuan 32 knot (59 km/h; 37 mph) mempunyai jarak jangkauan sehingga (7,130 km; 4,430 mil).

Ia mampu membawa sehingga 48 pesawat pejuang pelbagai jenis serta 1,960 krew dan seramai 626 pasukan udara.

C-O7nXaV0AAzeEV

Pakar ketenteraan menyatakan China memerlukan sekurang-kurangnya tiga kapal pengangkut. Idealnya lima atau enam buah kapal pengangkut pesawat untuk menjaga keselamatan maritimnya yang berhadapan dengan isu tuntutan pertindihan wilayah di Laut China Selatan.

Kapal Pengangkut Pesawat kedua itu juga dilihat bakal memberikan saingan dan cabaran kepada negara di Asia lain seperti India yang mempunyai sebuah kapal pengangkut ketika ini INS Vikramaditya.

Kapal Pengangkut Pesawat ialah kapal perang terbesar yang memainkan peranan untuk melancar dan mendaratkan jet-jet pejuang.

Kapal pengangkut pesawat mampu membenarkan pasukan tentera laut untuk meletakkan kuasa udara di jarak jauh tanpa bergantung kepada pangkalan tempatan di darat bagi menyediakan landasan untuk kapal terbang berlepas/mendarat.

AMERIKA SYARIKAT MAHU CENGKAM ASIA

Sementara itu, PENTAGON mendakwa mahu menggerakkan kekuatan armada lautnya sehingga 60 peratus di bawah ‘pivot to Asia’ ke Asia Pasifik menjelang 2020 semasa dasar itu digariskan bekas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Pentadbiran Donald Trump pula ketika ini kekal dengan dasar itu malahan meningkatkan perbelanjaan ketenteraannya sebanyak 10 peratus dengan tambahan 60,000 tentera serta memperbesarkan armada lautnya kepada 350 kapal laut daripada 270 kapal laut ketika ini.

Sejumlah 20 kapal pengangkut pesawat berada dalam khidmat aktif dengan 10 buah tentera laut di dunia.
Selain itu, tentera laut Australia, Brazil, China, Perancis, India, Itali, Jepun, Korea Selatan, Sepanyol, Thailand dan Amerika Syarikat juga mengoperasikan kapal-kapal yang boleh membawa dan mengoperasikan helikopter dan pesawat STOVL.

PERBELANJAAN KETENTERAAN DUNIA MENINGKAT

Dalam Laporan Stockholm International Peace Research Institute (SIPRI) menyatakan China menjadi negara dunia kedua yang tertinggi dalam perbelanjaan ketenteraannya pada 2016. Ia mencatatkan peningkatan sebanyak 5.4 peratus kepada $215 bilion.

global-logo

Amerika Syarikat terus kekal menjadi negara terbesar jumlah perbelanjaan ketenteraanya apabila meningkat 1.7 peratus dari 2015 ke 2016 berjumlah $611 bilion.

Manakala Rusia menjadi negara ketiga apabila membelanjakan $69.2 bilion manakala Arab Saudi menjadi negara keempat tertinggi memperuntukkan jumlah perbelanjaan untuk ketenteraan.

Secara keseluruhan jumlah perbelanjaan ketenteraan di seluruh dunia meningkat 0.4 peratus berbanding 2015 kepada jumlah keseluruhannya $1,686 bilion pada 2016.

Tiada ulasan: