DATUK Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS sebagai sebuah parti yang sabar tidak boleh melayan parti yang tidak sabar.
"Kita parti yang sabar, kita tak boleh layan parti yang tak sabar,"
ujar Presiden PAS itu pada sidang media selepas merasmikan Muktamar
Tahunan PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini.
Menjawab pertanyaan mengenai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),
beliau berkata PAS telah membuat penilaian parti itu tidak mempunyai
ketentuan arah.
"Kita sudah buat penilaian parti Pribumi parti yang tak ada ketentuan
arah dan pemimpin pun tak tahu siapa, siapa imam siapa makmum.
"Itu kenyataan yang berlumba antara satu sama lain. Dengan sebab itu
kita sudah buat keputusan tak ada hubungan dengan parti itu," katanya. -
HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan