HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 April 2017

Adam Rosly Adalah Jutawan Genius Ciptaan PKR

Suara Kebenaran




Bukan mudah untuk menjadi kaya, apatah lagi pada usia yang sangat muda.  Tapi, itulah yang berjaya dilakukan PKR sejak berjaya memerintah Selangor 9 tahun yang lalu apabila anak muda seperti Datuk Adam Rosly ini mampu menjadi kaya raya sebelum berusia 30 tahun sehingga menjadi kecemburuan di kalangan musuh-musuh politiknya.

Menurut sumber dalaman PKR, Adam Rosly hanyalah seorang dari puluhan jutawan yang dihasilkan PKR
pada usia muda.  Ada ramai lagi orang seperti beliau yang menjadi kaya hasil dari dasar-dasar kerajaan negeri Selangor yang begitu menguntungkan rakyat.  malah parti itu mempunyai rekod mereka yang dimaksudkan ini (menjadi kaya pada usia yang sangat muda).

Portal ini tidak dapatlah melihat rekod tersebut, tapi difahamkan jutawan yang paling muda dalam senarai itu, berumur sekitar 23-24 tahun dan paling tua, sekitar 40 tahun.  Kami akan mendedahkan senarai tersebut apabila mendapatnya dari PKR.

Yang penting, bayangkan bagaimana kalau PKR menjadi sebahagian kerajaan persekutuan Malaysia selepas PRU14 yang akan datang?  Sudah tentu bukan puluhan tapi ratusan ribu jutawan muda seperti Adam Rosly ini mampu dihasilkan melalui dasar-dasar ekonomi yang menguntungkan rakyat.

Berilah peluang kepada Pakatan Harapan dalam PRU14 yang akan datang kalau mahu melihat lebih ramai anak muda menjadi jutawan.  Ingat, Pakatan menang, rakyat senang.

Tiada ulasan: