HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 April 2017

Asri: Apa lagi Hindraf mahu?

Berita Daily Staff
 
Asri berkata, Hindraf juga sengaja mewujudkan ketegangan antara agama apabila kerajaan mengesahkan Zakir Naik telah menerima taraf ” Penduduk Tetap”.

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan kekecewaan dengan sikap Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang menggunakan nama kerajaan India berkaitan isu Dr Zakir Naik, seolah-olah mereka menjadi wakil bagi kerajaan India.

Melalui posting Facebook miliknya semalam, Asri berkata, Hindraf juga sengaja mewujudkan ketegangan antara agama apabila kerajaan mengesahkan Zakir Naik telah menerima taraf ” Penduduk Tetap”.

“Selepas itu berterusan mereka menggunakan nama Kerajaan India berkaitan isu DZN. Seakan akan mereka mewakili kerajaan India. Kita tahu kerajaan India di bawah pimpinan Modi seorang fanatik agama sekarang ini, ramai umat Islam dan Kristian yang mati dibunuh. Isu lembu sahaja telah mengorbankan ramai muslim dengan penuh ngeri dan kejam.

“Selepas kerajaan memberitahu DZN Dr Zakir Naik) mendapat status PR, maka ditingkatkan lagi isu ini. Seakan satu suasana tegang antara agama sengaja diwujudkan,” kata Asri.

“Ulasan-ulasan mereka dalam dunia maya tentang Islam amat membangkitkan sensitiviti orang Islam. Ditambah dengan kelompok yang mengaku Islam tapi..”

Asri berkata, puisinya pada Jumaat yang merujuk kepada kepimpinan Modi juga telah diputar belit seolah-olah merujuk kepada agama Hindu di Malaysia.

Beliau berkata, HIndraf juga cuba mencampuri urusan khutbah Jumaat masjid yang diuruskan Jabatan Mufti Perlis.

“Saya sejak dahulu sentiasa memberikan pandangan yang harmoni antara agama. Pandangan-pandangan agama yang saya keluarkan sejak dahulu sentiasa mencari ruang yang adil dan damai untuk semua. Anda semua boleh baca di media.

“Saya juga yang menentang memanggil non-muslim kafir-harbi kerana bimbang ketegangan antara agama.
“Pun begitu, itu semua tidak memberikan manfaat kepada pihak-pihak ini agar jangan bangkitkan isu ketegangan agama dan permusuhan antara kaum,” katanya.

“Mereka ini menefon Jabatan Mufti Perlis dan memaki hamun. Bayangkan. Laporan telah dibuat.”

Tiada ulasan: