ANTARAPOS.COM
JOHOR BHARU: Kerajaan negeri dan seluruh Bangsa Johor berdukacita atas
pemergian 'imam cilik' Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi ke rahmatullah
sebentar tadi, kata exco Johor Datuk Ayub Rahmat.
Pengerusi jawatankuasa kesihatan, alam sekitar, pendidikan dan
penerangan negeri itu juga mengucapkan takziah kepada ibu bapa dan
keluarga.
“Hasrat dan impiannya menjadikan al-Quran sebagai budaya hidup seharian
amatlah terpuji dan sama samalah kita berdoa semoga Allah
menempatkan-Nya dalam kalangan insan yang bertaqwa dan beriman,”
katanya.
Thaqif, pelajar sebuah madrasah tahfiz persendirian di Johor Bahru, dipercayai dipukul oleh seorang pembantu warden.
Allahyarham dimasukkan ke hospital Rabu lalu susulan dakwaan dipukul
menyebabkan kecederaan dan jangkitan sehingga kedua-dua belah kakinya
terpaksa dipotong.
Keadaan sama mungkin melibatkan tangannya yang hitam hingga ke paras
siku. Bagaimanapun pembedahan itu ditangguhkan hari ini berikutan
keadaan jantungnya dilapor tidak stabil.
Polis Kota Tinggi setakat ini masih menahan reman pembantu madrasah itu bagi melengkapkan siasatan terhadap kes itu.
Dalam kenyataan hari ini, Ayub juga berkata kerajaan negeri melalui
Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) juga telah memberikan sumbangan bagi
membantu keluarga menghadapi detik sukar ini.
Beliau juga memaklumkan allahyarham meninggal dunia pada jam 2.05
petang dan akan dibawa pulang ke rumah selepas semua urusan di Hospital
Sultan Ismail, Johor Bahru selesai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan