HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 April 2017

Bukankah DAP dominan dalam PH, MT Umno bidas Saifuddin

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Tajuddin Abdul Rahman membidas kenyataan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah yang mendakwa kononnya tidak wujud parti dominan dalam PH. 
 
Mengulas kenyataan itu, Tajuddin bingkas membidas Saifuddin sambil menyatakan bahawa DAP adalah parti dominan sebenar di dalam PH.
 
"Bukankah dalam PH yang dulunya Pakatan Rakyat (PR), ada satu parti yang dominan iaitu DAP, DAP ialah parti dominan, dia tak sedar ke?”
 
"Berkonsepkan kaum macam mana mereka cakap, mereka tidak berkonsepkan kaum ke? DAP bukan perkauman kah?” soalnya. 
 
Saifuddin awal hari ini ketika berucap di Konvensyen PH Wilayah Persekutuan berkata,  tidak mungkin ada sesebuah parti dibenarkan menjadi terlalu berkuasa dalam PH kerana ia adalah model kepada BN yang kini mentadbir negara.
 
Menurut bekas pemimpin Umno itu juga, sungguhpun BN dan PH merupakan pertubuhan yang menggabungkan beberapa parti, namun kedua-dua jauh berbeza.
 
Dakwa Saifuddin, BN adalah sebuah parti gabungan yang berkonsepkan perkongsian kaum tetapi setiap kaum dalam parti itu menguruskan kaum masing-masing, sedangkan PH merupakan gabungan pelbagai kaum yang setiap komponennya bekerjasama.
 
Bagaimanapun jelas Tajuddin, walaupun BN terdiri daripada parti yang mewakili kaum-kaum tertentu, namun gabungan itu kekal mengamalkan kerjasama di antara kaum dan bukan bersifat perkauman seperti dakwaan bekas MT Umno itu.
 
“Apa masalahnya, kerjasama antara kaum, kan itu bagus. Kita dalam sebuah negara yang berbagai kaum, kita bekerjasama antara satu sama lain, kan bagus.
 
“Yang pentingnya kita tidak perkauman, kita bekerja antara kaum, kan bagus begitu dalam sebuah negara yang pelbagai kaum. Kalau tidak bekerjasama, apa nak jadi dengan negara kita ni, bergaduhlah antara satu sama lain,” kata Tajuddin.
 
Beliau malah membidas Saifuddin yang disifatkannya mengeluarkan kenyataan tidak bijak, sedangkan pemimpin itu pernah menjadi antara pemimpin tertinggi Umno satu ketika dulu. 
 
 
 

Tiada ulasan: