“Misalnya kalau bertugas sebagai pengarah hospital, dia boleh mengarahkan hanya doktor wanita dibenar merawat pesakit wanita,” katanya. – HARAKAHDAILY
HALAMAN SANTAI
Rabu, 26 April 2017
Yik benteng pertahan aqidah pelajar
SALMAH MAT HUSAIN
YAYASAN Islam Kelantan (Yik) menjadi antara
benteng pertahanan bagi menyelamatkan aqidah pelajar dalam menghadapi
cabaran semasa sekarang. Timbalan Pengarah Yik (Pengurusan), Nik Abdul Rahman Nik Yusof
berkata sekolah-sekolah agama di bawah Yik menyediakan kurikulum bagi
membolehkan pelajar meningkatkan kefahaman mengenai Islam Katanya Yik meneruskan usaha untuk membimbing pelajar supaya Islam menjadi pemangkin kepada pentadbiran negara. “Yik bukan hanya mendidik pelajar dapat menjawab soalan dalam
peperiksaan, sebaliknya menambah ilmu pengetahuan mencakupi dunia dan
akhirat,” katanya ketika merasmikan Seminar Kecemerlangan Sijil Tinggi
Agama Malaysia (STAM) di Putik di Pengkalan Chepa Seramai 1,500 pelajar yang mewakili 13 sekolah mengikuti program
tersebut. Seminar sehari itu diadakan bertujuan menanam kesedaran kepada
pelajar mengenai kepentingan STAM demi masa depan mereka. Manakala dalam perkembangan berkaitan pelajar-pelajar Maahad
Muhammadi Lelaki mengikuti kursus kepimpinan di Pusat Latihan Bomba
Pengkalan Kubor Seramai 50 pelajar mengikuti kursus kepimpinan selama tiga hari itu. Perasmiannya disempurnakan Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki, Ustaz Kamarjan Abdul Rahman Ketika berucap pada program terbabit Kamarjan berkata, bekas-bekas
pelajar Yik yang bakal menjadi ketua jabatan di mana-mana agensi
hendaklah berusaha melaksana peraturan berlandaskan Islam di tempat
mereka bekerja.
“Misalnya kalau bertugas sebagai pengarah hospital, dia boleh mengarahkan hanya doktor wanita dibenar merawat pesakit wanita,” katanya. – HARAKAHDAILY
“Misalnya kalau bertugas sebagai pengarah hospital, dia boleh mengarahkan hanya doktor wanita dibenar merawat pesakit wanita,” katanya. – HARAKAHDAILY
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan