Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
SHAH ALAM: Tugas ahli Parlimen hanyalah menegur dan mengingatkan
kerajaan Pusat untuk memberi dana pembangunan serta menyalurkan bantuan
kepada rakyat, tegas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Ketua Umno
Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari, yang mahukan beliau
menyenaraikan pembangunan yang diusahannya sepanjang hampir 10 tahun
menjadi ahli Parlimen kawasan itu.
"Kerajaan pusat di bawah BN, maka banyak peruntukan pembangunan datang
daripada BN, bukan kerajaan negeri. Saya rasa dia (Azhari) tak faham
sistem kerajaan persekutuan dan kerajaan.
"Sebagai ahli Parlimen, saya ke Parlimen menuntut hak untuk warga Shah
Alam. Dan ia telah dilaksanakan. Dan hasilnya Hospital Shah Alam telah
dibina.
"Itu tanggungjawab kerajaan pusat, bukan tanggungjawab ahli Parlimen.
Kita bertanggungjawab untuk menegur dan mengingatkan kerajaan pusat
untuk melaksanakan pembangunan sepertimana yang djanjikan," katanya
kepada Antarapos, hari ini.
Azhari, dalam sidang medianya pagi tadi meminta Khalid menyenaraikan
dana dan pembangunan yang diusaha dan dilaksanakan selama hampir 10
tahun menjadi ahli Parlimen Shah Alam.
Mendakwa tiada sebarang perubahan drastik dilihat di bandaraya itu,
Azhari juga mempersoal sumbangan dua wakil rakyat PKR, Rodziah Ismail
(Batu Tiga) dan Yaakob Sapari (Kota Anggerik).
Pengarah Komunikasi Amanah itu sebelum itu menuduh Menteri
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar
menganaktirikan kawasan yang tidak dimenangi BN.
Azhari kemudiannya menafikan perkara itu dan menyenaraikan projek yang
disalur kerajaan Pusat untuk Parlimen Shah Alam antaranya tiga buah
dewan, 10 buah pagar, lapan batang jalan, tempat letak motor, naik taraf
Pasar Seksyen 16 dan sebuah gelanggang serbaguna, untuk kegunaan
penduduk kawasan itu.
Mengulas perkara itu, Khalid berkata jika pembangkang yang mentadbir
negara, lebih banyak projek akan dibangunkan di Parlimennya.
"Dia (Azhari) minta saya mendatangkan pembangunan atas dasar peribadi,
itu bukan peranan ahli Parlimen. Bukan tugas dia (ahli Parlimen) bina
hospital, sekolah. Itu kerja kerajaan pusat.
"Jika kita (Pakatan Harapan) berada di peringkat kerajaan pusat mungkin
banyak lagi yang dapat kita lakukan dengan harga yang lebih murah.
Contohnya pembinaan Hospital Shah Alam yang asal nilainya adalah RM480
juta bagi kesemua 300 katil. Sepatutnya ia menelan belanja tidak lebih
RM400 juta, tetapi menelan belanja lebih RM600 juta.
"Itulah bezanya keberkesanan kerajaan kerana jika kerajaan PH
laksanakan kita akan buat secara tender terbuka, dan boleh mendapatkan
penjimatan RM200 juta yang boleh digunakan di tempat lain dan boleh beri
manfaat tambahan kepada masyarakat di Shah Alam," ujar Khalid lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan