Keputusan bekas Setiausaha Kerja Bersatu, Kamarulazman Habibur Rahman yang juga antara ‘7 pengasas’ (status masih dipertikaikan), keluar dari parti tersebut semalam, mungkin ada kaitan dengan ‘kehilangan’ dana Bersatu Negeri Sembilan sebanyak RM 375,000 – menurut salah seorang Ketua Bahagian Bersatu di negeri itu yang dihubungi hari ini.
Wang ini yang diperolehi dari sumbagan para penderma, sepatutnya digunakan untuk menggerakkan aktiviti Bersatu di negeri asal Kamaruzaman itu tapi selain ceramah Perdana Bersatu di Ampangan Negeri Sembilan pada 10 September 2016 yang turut dihadiri Pengerusinya Tun Mahathir Mohammad, tidak banyak aktiviti Bersatu dijalankan selepas itu sedangkan dananya semakin hari semakin habis tanpa diketahui kemana mengalirnya
Kawasan Kamarulazman sendiri di Teluk Kemang pun tidak ada langsung aktiviti Bersatu sejak beberapa bulan yang lepas, katanya lagi.
Laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin agak sukar kerana Bersatu Negeri Sembilan masih dalam proses penstrukturan organisasinya ketika ini – ketua bahagian pun belum semua yang telah dilantik. Urusan kewangan Bersatu Negeri Sembilan setakat ini adalah berasaskan amanah semata-mata.
Amanah yang sepatutnya digalas Kamarulazman. Tak hairan, sekalipun hanya berjawatan sebagai guru sekolah biasa, kehidupan Kamaruzaman selepas dilantik sebagai Setiausaha Kerja Bersatu, agak melampaui kemampuan kewangannya, katanya mengakhiri perbualan.
Begitupun pihak kami berpendapat, jika perkara ini benar, pasti ada ruang dalam undang-undang negara untuk mengambil tindakan ke atas penyelewengan yang jelas seperti ini. Takkan nak lepas begitu saja?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan