HALAMAN SANTAI

Rabu, 12 Disember 2018

TAK PERLU BIMBANG DENGAN DOA PAS- TOK HIM


Doa pemimpin dibaca pemimpin PAS memohon supaya Allah SWT memendekkan usia kerajaan Pakatan Harapan (PH) belum tentu akan dimakbulkan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Dr Ibrahim Ali secara menyindir menyifatkan Allah SWT tidak memakbulkan doa parti Islam itu kerana sehingga kini masih gagal menguasai Putrajaya.

Oleh itu katanya, PH tidak perlu bimbang dengan doa berkenaan, sebaliknya perlu gusar dengan janji yang belum tertunai.

“Apa yang saya tengok PAS ini sejak ditubukan…hanya menang Terengganu, Kelantan, Kedah. Walaupun dah beratus kali solat hajat dan doa.

“PH tak perlu bimbang dengan doa pendekkan umur (jangka hayat), sebaliknya bagaimana dengan kegagalan menangani kos sara hidup dalam tempoh 100 hari itu yang perlu digusarkan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, petang Isnin.

Doa pendekkan hayat kerajaan PH dibacakan pada akhir

perhimpunan bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) di Dataran Merdeka Sabtu lalu.

Doa itu dibaca Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh yang diaminkan oleh ribuan peserta yang hadir.

Sementara itu mengulas mengenai proses pendaftaran Parti Pribumi Perkasa (Putra), Ibrahim berkata sudah tiga bulan permohonan dibuat namun, belum diluluskan lagi.

Beliau turut menempelak kerajaan PH yang gagal meluluskan penubuhan Putra.

“Waktu (kerajaan) BN, Bersatu diluluskan dalam masa sebulan saja, kerajaan baru sudah tiga bulan permohonan tapi belum diluluskan lagi.

“Saya hendak tegok berapa lama mereka hendak tangguh permohonan ini dan sebab kerajaan untuk tidak luluskan permohonan,” katanya lagi.


Tiada ulasan: