TANJUNG MALIM – Pilihan Raya
Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bakal berlangsung pada 29
Ogos maka tentunya semua pengundi diharap dapat menunaikan tanggungjawab
termasuklah mereka yang berada di perantauan dengan mengundi calon
Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz.
Pengundi-pengundi DUN
Slim yang berada di luar kawasan diminta pulang dan melaksanakan amanah
sebagai pengundi kerana ia sangat penting untuk menyambung kesinambungan
pentadbiran Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.
Bagi
pengundi, Mohd Shuhaimi Mat Said atau lebih dikenali sebagai Abang Mie,
merayu agar pengundi-pengundi di luar balik mengundi calon BN yang
menjadi legasi kepimpinan Allahyarham Datuk Khusairi.
“Kepada
pengundi-pengundi kita fikirkan apa yang telah kita dapat dan kita
perolehi pada zaman pemerintahan BN. Jadi untuk menyambung kesinambungan
itu, pengundi-pengundi diharap memilih calon daripada BN dan kepada
pengundi-pengundi luar baliklah untuk sama-sama mengundi dan memastikan
calon kita menang.
“Janganlah kita mudah terpedaya pada
calon-calon lain… tetapi kita fikir-fikirkan semasak-masaknya daripada
pembangunan yang telah kita kecapi.
“Hari ini kita senang, dengan
mewah dan selesa kita berada di kampung ini dan mudah-mudahan apa yang
kita harapkan sebagaimana pembangunan yang kita rancang untuk Kampung
Kuala Slim iaitu satu pekan kecil untuk Kuala Slim, agar dengan
kemenangan calon kita ini pekan kecil akan menjadi satu bukti yang nyata
untuk kita semua,” katanya kepada UMNO Online, di sini.
Bagi
Siti Zubaidah Annuar berpendapat kebanyakan penduduk generasi kedua
Felda Besout ini menyesal kerana menyokong Pakatan Harapan (PH) pada
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.
“Sekarang
ini anak-anak muda mula menyesal memilih PH yang memerintah selama 22
bulan dan mereka merasa serta kita tidak boleh terima. Anak-anak muda
yang tinggal di luar menerima hasutan daripada berita-berita di media
sosial. Insya-Allah akan datang ini kita bergabung dengan PAS maka
bertambah kuat.
“Apabila anak-anak balik kampung kami ceritakan,
emak bapa datang ke sini atas tiket UMNO dan UMNO memberi kesenangan
seperti pendidikan, keperluan asas dibandingkan dengan kami di kampung
dulu.
“Saya menyeru kepada anak-anak Felda generasi kedua,
pulanglah… sebab kita memerlukan undi daripada anak-anak dan untuk masa
depan anak-anak juga. Pulanglah pada 29 Ogos ini dan undilah BN,”
katanya.
Bagi Tok Batin Kampung Sungai Teras, Kuloh a/l Rintih,
menjelaskan Allahyarham Datuk Khusairi banyak berjasa pada masyarakat
orang asli.
“Walaupun
sudah tidak ada (Allahyarham Khusairi) tapi banyak jasanya untuk anak
buah saya, dapat elektrik dan air dan jasa Allahyarham memang banyak.
“Jasa
BN aman makmur tapi apabila sudah tukar kerajaan…semuanya susah.
Hari-hari makan nasi kita tukar makan mee dan saya rasa tak boleh
hari-hari makan mee. Saya mengharapkan anak buah saya mengundi BN kerana
ada jasanya,” ujarnya.
Bagi pengundi masyarakat Orang Asli,
Pusat a/l Bahamun, mengharapkan agar kerajaan negeri mewartakan tanah
untuk masyarakat Orang Asli di Sungai Teras.
“Kami
penduduk di Sungai Teras ini kami mohon pada kerajaan kalau boleh
wartakan tanah kepada Orang Asli secepat mungkin. Sebab kami sudah
beratus tahun duduk di tanah ini.
“Kami ini ingin duduk di darat
bukannya di hutan… kalau duduk di sungai jadi macam ikan. Kami merayu
tolong wartakan tanah kami. Kami sudah buat surat, memorandum dan hantar
ke Putrajaya tetapi kelulusan belum diterima lagi. Itu yang paling
utama.
“Kami yakin BN mampu tolong kami… kami amat risau
cucu-cicit kami di mana mereka hendak tinggal, berteduh jikalau tidak
ada tanah dan itulah yang paling penting bagi kami,” katanya lagi- UMNO Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan