HALAMAN SANTAI

Rabu, 23 September 2020

Anwar Ibrahim serlah sikap rakus, gila kuasa – Setiausaha Agung BN,PN

 SUARA MERDEKA

TINDAKAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan beliau mendapat sokongan majoriti ramai Ahli Parlimen untuk membentuk satu kerajaan baharu menyerlahkan sikap beliau yang rakus dan gila kuasa, kata Setiausaha-Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Menurut Setiausaha-Setiausaha Agung ini, ternyata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sama sekali tidak mempedulikan soal kestabilan politik dan ekonomi negara yang terjejas teruk akibat Covid-19.

Mereka turut menyifatkan kenyataan Anwar tidak lebih daripada hanya satu lagi ulangan publisiti murahan seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Bahkan kata mereka, publisiti murahan itu bukan sekali bahkan berkali-kali dilakukan oleh Anwar.

“Kita yakin rakyat akan bangkit menolak politik sebegini malah akan bersama-sama menyokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin yang sentiasa prihatin akan kebajikan rakyat,’ kata mereka.

Kenyataan bersama Setiausaha Agung BN dan PN terdiri daripada Tan Sri Anuar Musa, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Bersatu), Datuk Takiyuddin Hassan (Pas), Datuk Alexander Nanta Linggi (GPS), Datuk Jahid Jahim (PBS) dan Guan Dee Bin Kohoi (STAR).

Kesemua Setiausaha Agung itu berkata demikian melalui satu kenyataan bersama hari ini.

Kata mereka lagi, semua parti yang bekerjasama dalam PN turut menyatakan pendirian mereka berdiri teguh menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin.

“Gabungan parti yang membentuk kerajaan PN turut menyangkal Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk satu kerajaan baharu,” ujar mereka. – SM

Tiada ulasan: