KOTA KINABALU: MCA Sabah hari ini bertanyakan kepada Warisan Plus kenapa sekutu mereka, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, belum turun berkempen untuk mereka.
Dengan pilihan raya hanya tinggal 4 hari lagi, Bendahari Chin Kim Hung berkata ramai pemimpin besar sekutu mereka seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim turun berkempen, kecuali Mahathir.
“Sudahkah mereka terlupa orang yang menyokong presiden Warisan dipilih sebagai calon perdana menteri mereka atau kehadiran Mahathir akan menjejaskan kempen kerana orang Sabah tak suka beliau,” soalnya.
Chin berkata barangkali Mahathir rasa bersalah atas layanannya terhadap Sabah sepanjang menjadi perdana menteri.
MR : Mahathir tak berani berhadapan dengan Najib di Sabah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan