GEORGETOWN: Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Chow Kon Yeow mengalu-alukan dan menyokong pengumuman pembentukan kerajaan baharu oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata, beliau tidak menerima sebarang maklumat mengenai pengumuman yang dibuat Anwar dan hanya mengetahui mengenainya menerusi media pagi ini.
“Dalam keadaan ketika ini, rakyat amat mengharapkan sebuah kerajaan yang stabil dalam mendepani krisis ekonomi dan kesihatan (akibat pandemik Covid-19).
“Jadi, saya harap Anwar mampu membentuk kerajaan seperti itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam pada itu, ditanya sama ada Anwar ada mendapat pandangan DAP
sebelum membuat pengumuman hari ini, Kon Yeow yang juga Ketua Menteri
Pulau Pinang berkata, beliau tidak mengetahui mengenainya dan perkara
tersebut perlu ditanya kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. –
UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan