HALAMAN SANTAI

Rabu, 23 September 2020

Sokongan kepada Anwar, UMNO tunjuk taring sebagai ‘king maker’

 SUARA MERDEKA

PENDIRIAN dizahirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memperlihatkan ketegasan beliau terhadap strategi parti politiknya.

Kebebasan yang diberikan kepada para perwakilan UMNO dan Barisan Nasional dalam Dewan Rakyat dilihat melambangkan kematangan politik yang bersasar.

Bersasar itu bererti beliau menunjukkan UMNO tidak mudah tunduk kepada tuntutan mana-mana pihak dalam membentuk kerajaan.

Ini juga memperlihatkan UMNO sebagai ‘king maker’ sebenar dalam dalam percaturan politik bagi sesiapa yang mahukan kerusi Perdana Menteri.

Ini kerana, UMNO dilihat akur kepada kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), namun memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan tumbang pada Februari lalu.

Tiada ulasan: