Harits Asyraf Hasnan
Ahmad Zahid dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
jam 10 pagi ini di Istana Kinta, Ipoh. -Gambar fail
IPOH:
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadual menghadap Sultan
Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah jam 10 pagi ini di Istana Kinta,
Ipoh.
Difahamkan, majlis menghadap itu berkait sokongan majoriti dan pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu.
Pada
majlis menghadap itu juga, Ahmad Zahid dilapor akan menyembah maklum
nama calon Menteri Besar dari UMNO untuk pertimbangan Sultan Nazrin.
Sekiranya
Sultan Nazrin berpuas hati dan perkenan untuk melantik individu
tersebut, berkemungkinan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perak Ke-14
akan berlangsung di Istana Islandariah, Kuala Kangsar petang ini.
Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan yang juga Pengerusi
Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dikatakan antara individu
yang akan menduduki kerusi Menteri Besar Perak Ke-14.
Ia selepas semua ADUN UMNO Perak secara konsensus menamakan Saarani sebagai calon Menteri Besar yang baharu.
Namun,
pengesahan dan perincian berkenaan nama-nama calon Menteri Besar hanya
akan diketahui selepas Ahmad Zahid selesai menghadap Sultan Nazrin pagi
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan