HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 Disember 2020

Cadangan tubuh RCI Tabung Haji masih diperhalusi, dibincang pada Ogos

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih memperhalusi cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung pelbagai isu yang dikaitkan dengan Tabung Haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata Jemaah Menteri membincangkan penubuhan RCI itu pada 18 Ogos.

“Kerajaan sedang mempertimbangkan dan memperhalusinya dengan penuh teliti termasuk aspek perundangan dan pelaksanaan agar penubuhannya mencapai matlamat seperti yang diharapkan,” katanya di Dewan Rakyat, menjawab pertanyaan Abdul Azeez Abdul Rahim (Umno-Baling) yang ingin tahu langkah diambil kerajaan bagi mewujudkan RCI berkenaan.

Zulkifli berkata kerajaan amat memahami perlunya suatu badan bebas dan berautoriti untuk meneliti dan menilai transaksi yang dilakukan TH.

Kerajaan mengumumkan kesediaan mempertimbangkan cadangan menubuhkan RCI TH sejak Ogos.

Umno berulang kali mendesak penubuhan RCI itu, dengan terbaru Pemuda Umno pada 27 Nov berkata ia sedikit kecewa kerana tiada tindakan yang signifikan daripada kerajaan untuk menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat sebarang salah laku dan penyimpangan dalam TH.

“Walaupun telah berkali-kali dibangkitkan termasuk penyerahan memorandum mendesak penubuhan RCI TH kepada menteri agama di JPM,” katanya.

Tiada ulasan: