PETALING JAYA: Liew Chin Tong dari DAP memuji Menteri Besar Johor Hasni Mohammad atas pendekatannya berlandaskan bipartisan dalam pentadbiran negeri dan berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin gagal berbuat demikian di peringkat persekutuan.
Pengerusi DAP Johor itu berkata, Hasni dan Muhyiddin berada dalam situasi sama, iaitu memiliki majoriti tipis dalam DUN dan Parlimen, tetapi mereka memilih pendekatan berbeza untuk memastikan belanjawan diluluskan.
“Setakat ini, Muhyiddin berusaha untuk menguasai dan menundukkan, mengasingkan pembangkang dan sekutunya sementara hilang fokus pada keperluan untuk menggerakkan negara berdepan krisis politik, ekonomi dan kesihatan yang paling besar pernah dihadapai negara.
“Hasni mendefinasikan pembangkang sebagai ‘rakan strategik’ dalam
pentadbiran, yang merupakan idea lama Umno mengenai penguasaannya dan
usaha untuk menghapuskan pembangkang.
“Meskipun seseorang boleh menyanggah kenyataan Hasni sebagai retorik, sekurang-kurangnya beliau mempunyai retorik tepat yang sesuai pada masa ini manakala Muhyiddin enggan melayan sekutunya dan pembangkang dengan rasa hormat,” kata Liew dalam kenyataan.
Beliau berkata, Putrajaya perlu membuat persediaan untuk terlibat dengan pembangkang secara konstruktif dan melayan mereka dengan rasa hormat, sambil menambah kerajaan hari ini boleh berada di pihak sebelah keesokan harinya.
Bekas timbalan menteri pertahanan itu turut berkata, pembangkang perlu bergerak lebih jauh daripada menjadi “gerakan protes” tetapi sebaliknya harus memastikan kerajaan sedia ada melaksanakan dasar jangka panjang yang baik dan bertindak berdasarkan kaedah bipartisan.
“Khabar angin menyatakan Muhyiddin akan mengadakan pilhan raya umum sebelum Ramadan 2021. Pendekatan kerajaan Muhyiddin buat masa ini untuk menguasai sekutu dan parti pembangkang.
“Selain daripada cuba mengadakan pilihan raya kilat, Muhyiddin harus
mula mentadbir dengan ‘bipartisanship’ demi negara yang dilanda beberapa
krisis,” kata Liew.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan