KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju sebulat suara Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dicalonkan sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.
Saarani yang turut hadir pada mesyuarat berkenaan malam tadi bagaimanapun hanya meminta media menunggu siapa bakal dinamakan UMNO sebagai Menteri Besar baharu itu esok.
"Esok, esok...esok," katanya senada dengan beberapa lagi ahli MKT yang turut enggan memberi sebarang ulasan mengenai hasil mesyuarat itu.
Bagaimanapun, Ahli MKT, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata pencalonan Saarani dipersetujui sebulat suara.
Ketika ditanya sama ada pencalonan Pengerusi UMNO Perak itu sebagai Menteri Besar Perak ke-14 dipersetujui mesyuarat, beliau berkata; "Dipersetujui sebulat suara".
Sebelum ini, Saarani disebut-sebut bakal dicalonkan UMNO untuk jawatan Menteri Besar susulan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berikutan gagal mendapat sokongan dalam usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Jumaat lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan