HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 Disember 2020

PAS tak sertai pembentukan kerajaan baru di Perak

MNDA RAKYAT.


PAS tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan baru di Perak, kata setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan.

Katanya, keputusan itu selaras dengan tindakan tiga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu yang menyokong usul percaya terhadap Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu.

“Maka selaras dengan keputusan tersebut, PAS Pusat telah membuat ketetapan untuk tidak menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu,” kata Takiyuddin.

Undi percaya terhadap Faizal sebagai menteri besar pagi tadi gagal selepas hanya 10 Adun menyokongnya.

Timbalan presiden Bersatu itu hanya disokong oleh wakil rakyat partinya sendiri, PAS dan bebas.

Adun PH dan kesemua 25 Adun Umno - sekutu kerajaan - memilih menolaknya, menyebabkan menteri besar baru mungkin akan dipilih.

Setakat ini belum jelas sama ada PN - Umno, Bersatu dan PAS - akan mempertahankan kerajaan atau penjajaran semula politik akan sekali lagi berlaku di Perak.

Umno dan DAP mempunyai kerusi terbanyak dalam DUN Perak, masing-masing 25 dan 16 kerusi.

Amanah mempunyai lima kerusi, diikuti Bersatu (6), PKR dan PAS masing-masing tiga kerusi dan bebas satu.

Dalam kenyataan ringkas sebentar tadi, Takiyuddin berkata PAS akan terus berperanan “sebagaimana biasa” dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional.

MR : Ini titik permulaan hubungan PAS-UMNO akan musnah. Bagaimana MN nak berfungsi di Perak jika UMNO berkerjasama dengan DAP dan PKR dalam selimut?

Tiada ulasan: