Hilmi Malik
Parti
Pejuang Tanah Air memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
KUALA LUMPUR:
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memfailkan permohonan semakan
kehakiman terhadap Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia (JPPM) termasuk pertubuhan itu sendiri.
Menurut,
Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah,
tindakan itu diambil menerusi peguam mereka di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur pada Khamis.
"Melalui
semakan kehakiman itu juga, Pejuang memohon satu perintah deklarasi
bahawa kegagalan Ketua Pengarah dan JPPM untuk menjawab sebarang
permohonan mahupun komunikasi secara bertulis adalah tidak munasabah dan
mempunyai niat mala fide untuk sengaja melengah-lengahkan proses permohonan pendaftaran Pejuang.
"Pejuang
sentiasa mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang dan justeru
itu membawa isu kelengahan pendaftarannya ke mahkamah bertujuan mendapat
penghakiman yang seadilnya," katanya menerusi satu kenyataan pada
Khamis.
Difahamkan,
tindakan sedemikian adalah sebagai pencerahan berhubung status
pendaftaran parti Pejuang sama ada diluluskan atau sebaliknya sebagai
parti politik yang berdaftar melalui Akta Pertubuhan 1966.
Sebelum
ini, Pejuang telah mengemukakan permohonan secara rasmi kepada JPPM
yang bertarikh 19 Ogos bagi proses pendaftaran tersebut.
Terdahulu, Pejuang pada 19 Ogos lalu telah mengemukakan permohonan secara rasmi kepada JPPM untuk mendaftarkan parti itu.
Dalam
pada itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan parti berkenaan akan
membawa perkembangan kes tersebut kepada umum dari masa ke masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan