Bernama
Jika
pengisytiharan darurat dibuat di Perak, Sultan Nazrin Shah mempunyai
pilihan untuk melantik majlis mesyuarat negeri sementara sebagai
'caretaker'
menguruskan pentadbiran negeri tanpa melibatkan keputusan
yang besar. -
Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Tumpuan kini terarah kepada keputusan yang bakal dibuat Sultan Perak
Sultan Nazrin Shah selepas Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti daripada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dalam undi usul percaya terhadapnya.
Rata-rata
pakar perlembagaan berpendapat, menurut peruntukan Perlembagaan Negeri
Perak, sekiranya menteri besar hilang kepercayaan, maka individu itu
perlu menghadap Sultan Perak bagi memaklumkan perkara itu selain meletakkan jawatan atau mencadangkan pembubaran DUN.
Pakar
perlembagaan, yang juga pensyarah kanan Fakulti Sains Kemanusiaan
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Dr Nizamuddin
Alias berkata langkah ini mengikut sistem
demokrasi berparlimen atau
Westminster yang diamalkan di Malaysia selama ini.
"Biasanya
dalam demokrasi berparlimen, amalan usul undi tidak percaya dibuat
namun ini tidak berlaku, maka wujudlah usul undi percaya dengan harapan
akan menang tapi sebaliknya berlaku.
"Bagi
saya, ini adalah krisis keyakinan di Perak kerana secara asasnya
seseorang menteri besar mesti mendapat majoriti sokongan DUN. Bila
berlaku usul ini, bermakna wakil-wakil rakyat sudah tidak percaya atau
hilang kepercayaan," katanya kepada Bernama.
Beliau
mengulas situasi politik di Perak yang mana Ahmad Faizal yang juga ADUN
Chenderiang gagal mendapat sokongan majoriti wakil wakil negeri itu.
Sementara
itu, seorang lagi pakar perlembagaan dari Universiti Malaysia Pahang
(UMP) Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata jika Sultan tidak
memberi perkenan kepada menteri besar untuk bubarkan DUN, maka beliau
hendaklah meletakkan jawatan.
"Proses ini
tidak pelik, sama ada Sultan bubar DUN, menteri besar letak jawatan
sebab hilang keyakinan atau terlucut jawatan, ini prerogatif Tuanku,"
katanya dan menambah, andai pilihan untuk membubarkan DUN dipilih, maka
pilihan raya negeri perlu diadakan dalam masa 60 hari.
Beliau
berkata satu lagi senario yang mungkin berlaku adalah Yang di-Pertuan
Agong boleh mengisytiharkan darurat di bawah Perkara 150(1) Perlembagaan
Persekutuan selepas mengambil kira faktor keselamatan atau kehidupan
ekonomi atau ketenteraman awam.
"Perdana
menteri boleh mencadangkan pengisytiharan darurat di Perak disebabkan
faktor itu. Jika wujud keadaan yang dipersembahkan itu, maka Tuanku
boleh perkenankannya," kata beliau.
Jelasnya,
jika perkara ini berlaku, Sultan Perak mempunyai pilihan untuk melantik
majlis mesyuarat negeri sementara sebagai 'caretaker' dalam menguruskan
pentadbiran negeri tanpa melibatkan keputusan yang besar.
Mengulas
mengenai aspek politik negeri Perak, pensyarah Universiti Putra
Malaysia (UPM) Anuar Shah Bali Mahomed berkata negeri itu merupakan
''swing state' (senario politik negeri sering berubah) di mana sejak
2008 lagi komposisi malah sokongan kepada kerajaan sering berubah.
Ini
boleh dilihat dalam beberapa pilihan raya umum lalu di mana kemenangan
parti politik bertanding adalah kecil dan tiada parti politik yang
mempunyai majoriti mudah iaitu 30 kerusi di DUN Perak.
"Sekarang
ini kita lihat tiada satu parti pun yang mempunyai majoriti mudah iaitu
30 kerusi daripada 59 kerusi yang ada. Paling banyak kerusi buat masa
ini adalah UMNO dengan 25 kerusi.
"Inilah
faktor mengapa agak sukar untuk seseorang Menteri Besar itu untuk
bertahan lama. Bahkan kita lihat BERSATU (parti Menteri Besar) sekarang
hanya mempunyai empat kerusi sahaja. Politik Perak akan ini sentiasa
berubah dan ini melibatkan permainan angka," katanya.
Perak
mempunyai 59 ADUN yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN) 25,
BERSATU 5, PAS 3, DAP 16, PKR 3, Amanah 5 dan masing-masing satu kerusi
milik Gerakan dab Bebas.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan