MINDA RAKYAT
PETALING JAYA: Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin sedang berbincang dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bagi mencari penyelesaian untuk krisis politik di Perak, kata Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful Wan Jan.
Katanya, mereka sedang membincangkan isu pembentukan kerajaan Perak dan calon menteri besar daripada Umno.
“Di peringkat PPBM, kita mengambil keputusan untuk merujuk kepada Perikatan Nasional bagi langkah lanjut. Jadi, kita akan lihat perkembangan terkini dan bincang dengan rakan-rakan kita dalam PN dahulu.
“Bila ada keputusan yang perlu dimaklumkan, kita akan keluarkan kenyataan rasmi,” katanya kepada FMT hari ini.
Terdahulu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan ia akan bergabung dengan beberapa parti lain, termasuk Pakatan Harapan untuk menubuhkan kerajaan Perak.
Katanya, keutamaan Umno ialah mengekalkan jajaran dan kerjasama politik terdahulu, iaitu Muafakat Nasional dan PN, tetapi apa juga tindakan Umno mesti bertapak pada realiti.
Katanya, perbincangan antara Umno dan parti komponen PN, iaitu PPBM dan PAS sudah dibuat pimpinan Umno Perak, manakala beliau akan mengadakan perbincangan susulan di peringkat pusat.
Susulan itu, pemimpin PH Perak menyuarakan kesediaan bekerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan negeri yang kukuh demi kepentingan rakyat.
MR : PAS sepatutnya keluar daripada MN dan kuatkan PN untuk PRU-15.UMNO bukan rakan boleh dipercayai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan