Sinar Harian
Menurut
Nooryana, ayahnya kini dilihat sebagai seorang pembangkang yang
amat
berkesan dalam menyemak imbang kerajaan. - Foto Facebook Isham Jalil
SHAH ALAM:
Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najib
bimbang matlamat kerajaan dalam perbicaraan pertuduhan ayahnya bertujuan
menghapuskan peranan beliau sebagai suara pembangkang.
Menurutnya, Najib kini dilihat sebagai seorang pembangkang yang amat berkesan dalam menyemak imbang kerajaan.
“Saya
khuatir yang matlamat kerajaan dalam pertuduhan dan perbicaraan ini
adalah bukan untuk menegakkan keadilan, namun untuk menghapuskan suara
ayah saya yang lantang.
“Pemimpin-pemimpin kerajaan telah menyatakan bahawa kesinambungan pemerintahan mereka bergantung kepada hukuman ke atas Najib.
“Oleh
itu kerajaan dan pihak pendakwaan akan cuba sedaya upaya mereka untuk
menghukum ayah saya (Najib),” katanya dalam hantaran di Facebook milik
Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil pada Sabtu.
Jelasnya, sembilan bulan kebelakangan ini, mereka tidak dapat mematahkan perjuangan Najib dan ini mungkin peluang mereka.
“Mereka
akan menggunakan semua instrumen yang ada, daripada saluran media
kerajaan kepada saluran politik, untuk mencemarkan imej ayah saya supaya
mudah mereka menjatuhkan hukuman bersalah ke atas beliau.
“Mereka
telah melontarkan 42 pertuduhan ke atas ayah saya. Hanya satu sahaja
pertuduhan perlu lekat atas alasan teknikal untuk mereka menutup mulut
ayah saya, seorang yang paling kuat mengkritik kerajaan.
“Saya
tidak tahu apa akan jadi kepada ayah saya selepas perbicaraan ini.
Adakah beliau mampu terus bersabar dan bertahan?” soalnya.
Pada
12 Januari tahun ini, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan
dilaporkan berkata semua perbicaraan dan pendengaran kes jenayah di
mahkamah terbuka yang dijadualkan dari 13 hingga 26 Januari ditangguhkan
selaras dengan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
bagi mengekang penularan COVID-19.
Ini
menyebabkan kes berprofil tinggi termasuk yang membabitkan Ahli Parlimen
Pekan itu serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi ditangguh kerana tarikh perbicaraan mereka jatuh dalam
tempoh PKP.
Bagaimanapun, pada 20
Januari, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengeluarkan
arahan, iaitu walaupun kerajaan menguatkuasakan PKP, namun semua
prosiding kes jenayah termasuk yang berkepentingan awam seperti rasuah
dan jenayah komersial, akan terus dijalankan di mahkamah terbuka,
berkuat kuasa 27 Januari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan