Astro Awani
Kata Dr Kartini, terdapat pro dan kontra dalam pembentukan gabungan itu
sebelum atau selepas pilihan raya. - Foto UKM
KUALA LUMPUR: Tidak ada mana-mana parti yang boleh mentadbir secara solo di negara ini, kata Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib.
Jelas
Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) itu, ia kerana Malaysia adalah sebuah negara pelbagai
kaum dan kesan warisan pentadbiran penjajah masih lagi kekal sehingga
kini.
Maka jelasnya, perlu ada gabungan dari parti-parti politik untuk mentadbir negara.
"Formula
ini telah direalisasikan dalam pilihan raya sebelum dan selepas Merdeka
dan kini formula kerajaan gabungan masih lagi terus subur dengan
pelbagai bentuk selain daripada Barisan Nasional (BN), kita ada Pakatan
Rakyat (PR), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat
Nasional (MN).
"Cuma
kalau kita perhatikan permuafakatan satu ketika dahulu dibentuk sebelum
pilihan raya dengan andaian tidak ada kecenderungan untuk ianya
dibentuk selepas pilihan raya.
"Kini
kerana wujudnya trend kumpulan strategik yang bercadang mahu membentuk
kerajaan berdasarkan gabungan parti-parti yang jelas, telah mendapat
undi paling banyak walaupun tidak bersifat majoriti tetapi bersedia
bergabung dengan mana-mana parti selepas pilihan raya untuk membentuk
kerajaan," katanya semasa dihubungi pada Ahad.
Namun kata Dr Kartini, terdapat pro dan kontra dalam pembentukan gabungan itu sebelum atau selepas pilihan raya.
Jelasnya,
gabungan-gabungan itu telah berjaya meleraikan yang kusut dan telah
mendapat nada yang seiring untuk mentadbir kerajaan jika dibentuk
sebelum pilihan raya.
Tetapi tegasnya,
belum tentu gabungan parti itu sesuai dan mungkin tidak selari dalam
membentuk matlamat mengurus negara dan rakyat kalau dibentuk selepas
pilihan raya.
Sebelum ini, Setiausaha
Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah
Zainudin berkata, PN, BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu
mewujudkan satu gagasan bagi melambangkan kesatuan tiga parti itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan