Jelas penganalisis politik Azmi
Hassan, masalah timbul apabila persidangan Parlimen digunakan untuk
menekan keabsahan kerajaan yang didakwa sudah hilang majoriti.
“(Persidangan
Parlimen) tak jadi masalah. Masalahnya apabila ia digunakan untuk
tujuan politik bukan untuk semak dan imbang bagi tangani pandemik
(Covid-19).
“[...] Tetapi untuk tekan perdana menteri supaya
letak jawatan, bubar parlimen, (dengan alasan) kerajaan tak cukup
majoriti dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari
ini.
Tambah Azmi, sekiranya setiap anggota parlimen dapat
mengemukakan surat akujanji untuk tidak membahas soal isu keabsahan
kerajaan, maka tidak mustahil persidangan boleh diteruskan.
“Kalau
ahli parlimen boleh buat surat akujanji supaya sidang diadakan dan
mereka tidak akan biarkan ia gelumang dengan agenda politik. Jadi tak
perlu digantung (persidangan Dewan Rakyat).
“Kita perlukan anggota parlimen untuk membahas isu kesihatan awam dan cara penyelesaian untuk tangani isu tersebut,” jelasnya.
Fokus isu Covid-19
Senada
dengan Azmi, bekas pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
Prof Dr Jeniri Amir, turut berpendapat, persidangan Parlimen boleh
diadakan sekiranya wakil rakyat fokus untuk hanya membahaskan lima isu
utama.
“Parlimen boleh diadakan sekiranya anggota parlimen hanya
memfokuskan lima aspek iaitu isu Covid-19, keselamatan, pendidikan,
rakyat, dan dasar,” jelasnya.
Kata Jeniri lagi, dia turut
menasihati ahli parlimen supaya berhenti berbahas soal politik dan fokus
kepada masalah rakyat terlebih dahulu.
“Umum tahu, sidang digantung kerana anggota parlimen ada agenda politik.
“Dengan
keadaan sekarang, lebih elok mereka (wakil rakyat) dapat berhenti dan
hanya fokus kepada rakyat, kalau halnya begitu, tiada masalah nak buat
persidangan parlimen,” tambahnya.
Ketika
ini, negara berada di bawah darurat susulan pengumuman Perdana Menteri
Muhyiddin Yassin pada 12 Jan lalu bagi membendung pandemik Covid-19 di
negara ini. Ia berkuat kuasa dari 11 Jan hingga 1 Ogos nanti.
Susulan
itu, sidang parlimen, dewan undangan negeri (DUN) dan pilihan raya -
termasuk pilihan raya umum, negeri atau kecil - tidak akan diadakan
sepanjang perintah darurat berkuat kuasa.
Bagaimanapun,
pengkritik menuduh Muhyiddin menggunakan darurat untuk terus berkuasa
setelah didakwa hilang majoriti di Dewan Rakyat.
Perkembangan itu juga hadir ketika beberapa wakil rakyat Umno menarik semula sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Anggota
Parlimen BN, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) sebelum ini
mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan diikuti Ahmad
Jazlan Yaakub (Machang) serta Nazri Aziz (Padang Rengas).
Sementara
itu, Prof Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya menjelaskan,
amat wajar sidang Dewan Rakyat dilaksanakan secepat mungkin.
Dia berkata demikian susulan keputusan kerajaan untuk membenarkan kebanyakan sektor ekonomi beroperasi.
“Rakyat
sendiri berasa pelik kerana banyak pembukaan pelbagai sektor dibenarkan
namun parlimen yang khusus 222 ahli parlimen tidak dibenarkan. Akibat
daripada ini ramai beranggapan tindakan ini lebih bermotif politik.
“Justeru
adalah wajar sidang parlimen sewajarnya dilaksanakan secepat mungkin
kerana pelbagai isu perlu dibahaskan dalam situasi pandemik Covid-19
ini,” katanya.
Selain itu, Azman turut berpendapat, kerajaan
boleh melakukan sidang Dewan Rakyat dalam talian sekiranya bimbang akan
penularan Covid-19.
“Dengan kemudahan teknologi, ia bukanlah satu masalah.
“Sebaliknya
jika tak mahu laksana sidang Parlimen yang akan timbulkan isu seperti
perdana menteri dan Perikatan Nasional (PN) cuba elak berdepan isu
keabsahan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan