MINDA RAKYAT
Tindakan
warga maya mengecam Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sejak kebelakangan
ini mungkin sekadar luahan emosi masing-masing, kata Timbalan Presiden
PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.
Pun begitu ahli parlimen Kubang Kerian
itu berpendapat sebahagian daripada serangan dan 'analisa' yang dibuat
orang ramai itu "mungkin ada benarnya".
"Soal serangan-serangan
dan analisa yang dibuat itu sebahagiannya mungkin ada benar, yang perlu
kerajaan ambil perhatian, tapi sebahagiannya mungkin kerana luahan emosi
masing-masing," katanya.
Tuan Ibrahim berkata demikian ketika
ditemui selepas menyampaikan sumbangan Kit Gunting Rambut dengan
kerjasama Persatuan Tukang Gunting Kelantan di Kubang Kerian, Kota
Bharu, hari ini.
Menteri alam sekitar dan air itu berkata
demikian sebagai mengulas tindakan ramai pengguna media sosial
menghantar komen-komen negatif dan berbaur sindiran ketika presiden
Bersatu itu melawat Jakarta semalam.
Mereka juga meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap kerajaan Perikatan Nasional serta Muhyiddin menerusi ruangan komen di akaun Facebook Istana Negara.
Dalam
satu hantaran yang memuat naik gambar Muhyiddin menghadap Yang
di-Pertuan Agong kelmarin, rata-rata warga maya menggunakan platform
media sosial untuk mengadu kesukaran mereka sewaktu pandemik Covid-19
dan tidak kurang juga yang “menyerang” pentadbiran Muhyiddin.
Keadaan
sama turut dilakukan menerusi Facebook Presiden Indonesia Joko Widodo
ketika memuat naik gambar lawatan Muhyiddin ke negara itu.
Sementara
itu Tuan Ibrahim menyifatkan lawatan pertama Muhyiddin ke Indonesia itu
atas kapasitinya sebagai perdana menteri memberi perkembangan positif.
"Saya tengok lawatan beliau yang penuh dengan SOP yang dijaga, kemudian balik pun dia kena kuarantin dan sebagainya.
"Sebagai perdana menteri biasanya negara jiran dulu akan dilawati.
"Isunya
kita tengok apa yang dibincangkan melibatkan dua hala dan ini sedikit
perkembangan yang positif walaupun dalam tempoh Covid-19 tanggungjawab
tetap dilaksanakan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan